Mengukur Nyawa

by Syafiq Azhari




Nyawa itu ibarat Masa. Masa diukur bukan pada nilai KUANTITInya tetapi KUALITInya. Bukan LAMA atau SINGKATnya, PANJANG atau PENDEKnya tetapi bergantung kepada bagaimana ia diurus dan untuk apa ia digunakan.

Begitulah kehidupan seharian kita, kita tidak dapat lari dari mengakui bahawa masa itu seperti air yang mengalir. Sentiasa bergerak dan tidak sesekali berpaling arah. Pepatah arab ada mengatakan bahawa masa itu ibarat PEDANG, jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita.

Oleh yang demikian, marilah kawan-kawan semua, hargailah setiap saat yang berlalu, rancanglah perjalanan anda dan majulah bersama wawasan. Mungkin coretan kali ini agak pendek, namun PERUBAHAN bukanlah terletak pada secebis nota, sesungguhnya ia bermula dari dalam DIRI anda.

"LAKUKAN PERUBAHAN, BERTINDAK MENGIKUT PERANCANGAN"

Sekian, Salam Perpaduan buat semua.

Read more

1 comments:

Unknown said...

terletak pd self-actualization.
berjuang untuk pemuda!