Gelagat Sekumpulan Tikus

by Syafiq Azhari





Pada suatu hari di sebuah rumah, tinggal sekumpulan tikus. Mereka mengadakan satu perhimpunan bagi membahaskan musibah yang menimpa komuniti mereka akhir-akhir ini. Mana tak nye, hampir setiap hari satu atau dua ekor tikus mati. Antara penyebabnya ialah kehadiran seekor kucing baru di rumah itu. Tikus-tikus tersebut dipercayai mati dibaham kucing tersebut. Kehadiran kucing itu menimbulkan kepanikan yang luar biasa dalam kalangan masyarakat tikus.

Perhimpunan telah diketuai oleh pemimpin komuniti tikus tersebut. Apabila sesi usul dibuka, bermacam-macam usul dilemparkan, bermula daripada meracun kucing, menyerang hinggalah kepada usul berhijrah dari rumah terebut. Akan tetapi, usul-usul tersebut telah diketawa dan diperlekeh oleh sebahagian besar yang hadir kerana dianggap tidak realistik dan relevan. Waktu semakin berjalan, namun tidak ada sebarang penyelesaian pun yang dapat diputuskan. Perasaan putus asa semakin menyelubungi tikus-tikus tersebut.

Namun, ditengah-tengah keheningan, tiba-tiba berdiri sesekor tikus muda, "Saya ada cadangan", suaranya lantang memecah suasana," Masalah utama kenapa banyak saudara-saudara kita yang mati di tangan kucing adalah kerana mereka tidak menyedari akan kehadiran kucing di sekitar mereka", suaranya bergema meyakinkan tikus-tikus yang hadir.Dia menyambung," Saya yakin bahawa korban akan dapat dihindarkan jikalau kita mempunyai 'Sistem Amaran Kedatangan Kkucing' ", hujah-hujahnya yang rasional itu menerbitkan harapan dalam kalangan mereka yang hadir. Ada yang sekadar mengangguk-angguk, yakin dengan idea tersebut, bahkan ada segelintir yang berteriak bagaikan histeria. Sebagai 'Sistem Amaran Kedatangan Kucing' tersebut kita akan memasang loceng di leher kucing tersebut, apabila kucing itu mendekati kita dalam jarak 8 meter. Dengan itu, kita akan dapat mengesan kedatangannya dan mengira dalam kiraan 10 sebelum lari beramai-ramai....". Seluruh peserta berteriak tanda setuju setuju. Sorak sorai bersahutan, mereka saling berpelukan antara satu sama lain. Mereka tampak tenggelam dalam eforia kebahagiaan. Mereka terlalu yakin bahawa berbekalkan strategi tersebut, nyawa mereka akan terselamat.

Namun, di tengah-tengah hiruk pikuk tersebut, seekor tikus senior tiba-tiba berteriak, " Sebentar.. sebentar... satu perkara yang masih menjadi tanda tanya besar buat saya, bagaimanakah caranya untuk memasang loceng di leher kucing itu?, semuanya terdiam serentak, terkelu. Di sudut lain, tikus muda itu kelihatan hampir pengsan. Tikus-tikus tersebut gagal mencari sebarang jawapan terhadap soalan senior tersebut. Sinar kehidupan yang tadinya terang kembali suram. Mereka akhirnya kecewa dan keadaan kembali seperti sebelumnya, hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.

Wahai saudaraku sekalian, cerita ini bukanlah sekadar tatapan atau pengisi masa lapang, jika dilihat dari perspektif minda, ada secebis pengajaran yang boleh kita kongsi bersama. Setiap masalah itu pasti ada penyelesaiannya. Namun penyelesaian tersebut haruslah kukuh dan konkrit dari segi pelaksanaannya, mestilah mempunyai visi dan misi yang jelas supaya segala aturan dapat berjalan dengan lancar. Apabila membuat sesuatu keputusan, kita harus berfikir akan kesan-kesan jangka pendek dan juga jangka panjang apatah lagi keputusan yang akan melibatkan ramai orang. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu, kelak tercucuk duri semalu. Fikir-fikirkanlah...:)

Read more

3 comments:

Unknown said...

Yes..We need to be rasional..1 more thg, we can't easily get excited on something (due to hope, etc) or we'll be dissappointed (when our dreams didn't work out). To girls esp, let ur mind control urself, not ur emotion..=p

Syafiq Azhari said...

that's a good point..nice comment

Unknown said...

ha2